Sunday, January 23, 2011

Facebook Punca Keruntuhan Rumahtangga

LONDON: Laman sosial Internet, Facebook didakwa menjadi punca kepada peningkatan kes perceraian apabila semakin ramai suami atau isteri ditangkap berkelakuan curang dalam laman itu.
Seorang peguam memberitahu akhbar The Sun demikian mengenai bagaimana kes yang diuruskannya sejak sembilan bulan lalu membabitkan Facebook. 
Menurutnya, pengguna yang sudah berkahwin terdedah untuk menipu pasangan mereka apabila berkenalan dengan pengguna lain dalam laman sosial itu.

Mesej berbau seks dan gambar kekasih baru selepas perceraian digunakan oleh bekas suami atau isteri dalam prosiding perceraian.

Kini, peguam menasihatkan pasangan yang bertelingkah supaya berhenti menggunakan Facebook dan laman lain seperfti Second Life, Illicit Encounters dan Friends Reunited sehingga prosiding perceraian masing-masing berakhir.

Emma Patel dari Syarikat Guaman Hart Scales & Hodges di Dorking, Surrey berkata, pihaknya menangani 30 kes perceraian sejak Mei lalu dan semuanya membabitkan Facebook.

Katanya: “Suami isteri yang curiga terhadap pasangan masing-masing menggunakan laman itu untuk mengintip dan mencari bukti kelakuan curang pasangan mereka.

“Penemuan bukti itu akan membawa kepada peceraian,” katanya.

Emma juga berkata, beliau sering memberi amaran kepada pasangan yang bertelingkah supaya mengelak daripada menggunakan laman itu selagi kes perceraian mereka belum berakhir.

Pesawat Masa Depan

LEBIH BERSIH... semua rekaan, termasuk daripada Lockheed Marin ini, disyaratkan supaya lebih mesra alam.
LEBIH BERSIH... semua rekaan, termasuk daripada Lockheed Marin ini, disyaratkan supaya lebih mesra alam.
GAMBARNYA kelihatan menakjubkan, seperti pesawat yang digunakan dalam filem sains fiksyen. Tetapi, satu daripadanya mungkin menjadi wajah dalam penerbangan moden selari dengan kemunculan pesawat penumpang generasi baru.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (Nasa) baru-baru ini menunjukkan tiga reka bentuk konsep untuk pesawat yang senyap dan jimat tenaga. Ia mungkin boleh disiapkan untuk terbang seawal-awalnya pada 2025.
   
  • FotoICON A5... pesawat ini, jika menjadi kenyataan, boleh berlepas dan mendarat di atas permukaan air atau tanah. Apabila sayapnya selebar 9.8 meter dilipat, ia boleh ditempatkan dalam sebuah garaj besar dengan selesa. Pesawat ini dianggar berharga RM428,000.
  • FotoPIRING TERBANG...jentera terbang futuristik ini bukan saja bercirikan era angkasa lepas, tetapi juga mesra alam.
  • FotoNASA SOLAR FLAPPER... pesawat ini, jika menjadi realiti akan menggunakan tenaga solar dan pergerakan sayapnya untuk terbang.
Tiga syarikat, Lockheed Martin, Northrop Grumman dan syarikat Boeing menghasilkan rekaan itu dan pada hujung tahun lalu ketiga-tiganya memenangi kontrak Nasa untuk melakukan penyelidikan, membina dan menguji rekaan masing-masing sepanjang tahun ini.

Ini membuktikan idea futuristik itu berkemungkinan besar akan dilaksanakan.

Rekaan itu dihasilkan selepas Nasa mengumumkan hasrat untuk membangunkan beberapa ‘pesawat super’ yang lebih laju, besar dan senyap serta tidak banyak menggunakan tenaga di samping lebih bersih berbanding pesawat yang ada sekarang.

Kriteria yang ditetapkan oleh Nasa bermakna setiap rekaan perlu terbang selaju 85 peratus daripada kelajuan bunyi, meliputi jarak kira-kira 11,200 kilometer sejam dan membawa bebanan seberat antara 22,700 kilogram hingga 45,000 kilogram, sama ada kargo atau penumpang.

Ketiga-tiga syarikat itu akan menghabiskan masa sepanjang tahun ini untuk mengkaji, menguji dan mensimulasi rekaan mereka dengan harapan akan dipilih oleh Nasa untuk dibangunkan seterusnya.

Namun, bagaimana rekaan ini akan dibangunkan, masih menjadi perbahasan.

KONSEP SYARIKAT PENERBANGAN JEPUN.... pesawat ini adalah konsep yang direka untuk Syarikat Penerbangan Jepun oleh pereka industri, Luigi Colani.

ICON A5... pesawat ini, jika menjadi kenyataan, boleh boleh berlepas dan mendarat di atas permukaan air atau tanah. Apabila sayapnya selebar 9.8 meter dilipat, ia boleh ditempatkan dalam sebuah garaj besar dengan selesa. Pesawat ini dianggar berharga RM428,000.

PIRING TERBANG... jentera terbang futuristik ini bukan saja bercirikan era angkasa lepas, tetapi juga mesra alam.

AEROSCRAFT ML866... pesawat ini dengan keluasan dalaman hingga 1,524 meter persegi digelar ‘kapal layar terbang’. Ia berupaya mencapai kelajuan 120 knot berlepas dan mendarat secara menegak.

PESAWAT PERIBADI PUFFIN...Rekaan pesawat peribadi ini disasar untuk mencapai kelajuan sehingga 240 kilometer sejam dengan jarak kira-kira 80 kilometer. ‘Puffin’ boleh menggunakan tenaga elektrik dan tidak mengeluarkan bunyi bising serta boleh berlepas dan mendarat secara menegak.

PESAWAT KONSEP MIT... sepasukan jurutera Institut Teknologi Massachusetts diberikan kontrak berjumlah AS$2 juta (RM6.1 juta) oleh Nasa untuk mereka sebuah pesawat lebih senyap dan lebih berkesan yang mungkin boleh digunakan secepat-cepatnya pada 2030.

NASA SOLAR FLAPPER... pesawat ini, jika menjadi realiti akan menggunakan tenaga solar dan pergerakan sayapnya untuk terbang.

SAX-40...Pesawat ini ialah projek bersama antara jurutera Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Cambridge
di England. Pesawat dengan 215 tempat duduk ini hanya mengeluarkan bunyi sekuat 63 desibel ketika berlepas, berbanding 150 desibel oleh pesawat biasa.

Tuesday, January 4, 2011

Helmet maut RAF

CANGGIH...topi keledar yang menjadi senjata baru juruterbang RAF

Topi keledar era angkasa lepas baru ini akan membolehkan juruterbang Tentera Udara Diraja Britain (RAF) menembak jatuh pesawat dengan hanya melihatnya.

‘Topi keledar maut’ yang berharga $250,000 (RM1.2 juta) itu menyerupai kelengkapan yang digunakan pelakon filem Star Wars dan satu daripada kemajuan terbesar yang pernah dicapai dalam keupayaan melakukan serangan.

Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang juruterbang untuk memusnahkan musuhnya ialah dengan merenungnya saja.
Sasaran akan muncul dalam pelindung muka juruterbang, membolehkannya memilih sasaran dan menembak.

Lebih menarik lagi, dia boleh menembak sasaran yang berada di sisi, atas atau bawah, asalkan ia boleh dilihat. Ia berfungsi dengan menggunakan penderia pada topi keledar itu.
Ia akan dikesan oleh penderian lain dalam kokpit.

Juruterbang, Mark Bowman berkata: “Ia bermakna berakhirnya pertempuran di udara. Biasanya anda perlu berada di belakang pesawat musuh.“Dengan topi keledar baru ini, saya menghalakan senjata dengan kepala saya.”


Topi keledar baru itu yang dicipta oleh syarikat Britain, BAE Systems, kini digunakan oleh juruterbang pesawat Typhoon RAF.

Saturday, January 1, 2011

Kepala Paip di Kia Rio..???

Gambar di bawah ini di ambil di hadapan sebuah bank di Tawau, Sabah. Apa yang peliknya 'tiada ker benda lain untuk menggantikan whiper kereta ini..???

Kepada sesiapa yang mempunyai masalah air, boleh lah membuat demikian dengan menggunakan khidmat kereta ini.

Bukti Penyokong Indonesia Juga Menggunakan Laser Ketika Perlawanan Antara Malaysia Indonesia

Mungkin masih ada yang tidak tahu, yang hashtag carian #malaysiacheatlaser telah menjadi trending topic di Twitter. Ini adalah bukti yang berjuta rakyat Indonesia mempertikaikan serta memaki-hamun Malaysia mengenai masalah laser yang menghala ke muka penjaga gol mereka ketika perlawanan final AFF yang berlangsung di Bukit Jalil semalam (26 Dis 2010) yang menyaksikan Malaysia menang 3-0 ke atas Indonesia.

Video yang dipaparkan ini semasa perlawanan di antara Indonesia vs Malaysia pada peringkat kumpulan di mana malaysia telah tewas teruk dengan indonesia 5-1. Laser yang kelihatan di muka penjaga goal kebangsaan kita semasa perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Gelora Bung Karno pada 1 Disember 2010.

Media Indonesia pada ketika ini telah meng’sensasi’kan eksiden laser di Bukit Jalil semalam untuk menghentam Malaysia. Harap pendedahan ini membuka mata mereka yang kejadian laser ini bukanlah dimulakan penyokong Malaysia tetapi dimulakan mereka terlebih dahulu.