Sunday, December 1, 2013

...Cuti-cuti SABAH negeri dibawah bayu (Tawau - Kota Kinabalu)


Jauh perjalanan luas pengetahuan itu lah peribahasa yang boleh mengambarkan kita perlu melancong…bila melancong nie sedap je mata memandang keindahan flora dan fauna. Kali ini aku nk kongsi serba sdekit yg aku taw psal negeri dibawah bayu kot2 nti hampa mai Sabah ni kn...

Kalau perjalanan dari Tawau jarak ke Kota Kinabalu adalah sejauh 572km, dan antara Tawau dan Kota Kinabalu ni bnyak tempat2 menarik yang boleh kita lawati... misal nya Semporna... jarak ke Semporna dari Tawau adalah 105km... Apa yg ada di sini yer...??
Semporna kaya dengan pulau2 yg indah dan tenang. Antaranya........

Pulau Mabul, Semporna
pulau mabul, Semporna













                                                                  Pulau Mataking, Semporna













Seterusnya kita bergerak ke Sandakan, bandar kedua terbesar di Sabah selapas K.Kinabalu.  Di Sandakan kita boleh lawati Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok
Di sana para pelancong akan dapat menyaksikan bagaimana haiwan ini diberikan susu dan pisang sebanyak dua kali sehari pada setiap pukul 10.00 pagi dan 3.00 petang oleh renjer yang bertugas. Semasa pemberian makanan, monyet berekor panjang juga turut datang ke kawasan itu.
Para pelawat ditegah daripada melalui laluan pejalan kaki. Meskipun ada di antara orang utan yang telah biasa dengan pelawat, akan tetapi anda ditegah daripada menyentuh haiwan ini. Haiwan ini secara semula jadinya amat pemalu dan lembut, namun begitu, ada sebahagiannya yang agak nakal lalu merampas kamera atau topi anda. Sekiranya hal tersebut berlaku, anda perlu memaklumkan kepada pihak renjer kerana anda tidak boleh menangkap sendiri haiwan seberat 200 paun ini. 
Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di bawah senggaraan Jabatan Hidupan Liar, bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram ke alam semulajadi mereka.  Binatang lain yang dilindungi yang hidup bebas di pusat ini adalah seperti Kelawar, Kera, Beruang, Kucing Hutan dan Buaya.




Tempat seterusnya kita akan bergerak ke Ranau yang mempunyai Kolam Air Panas Poring dan juga Fish Massage kampung Luanti


Poring Hot Spring terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu. Poring bagi KadazanDusun merupakan sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Ia terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.
Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok.



 Kolam Air Panas Poring


Inginkan sesuatu yang berlainan daripada spa biasa yang kamu sering lakukan? 
Datanglah ke kampung Luanti Ranau untuk sesi "fish massage"
Kampung Luanti Ranau terletak 131 kilometer dari Kota Kinablau dan 
2 jam 40 minit pemanduan.
Dalam bahasa Kadazandusun, "tagal" bermaksud tidak boleh menangkap ikan 
dan sebarang hidupan di sungai. Ini adalah untuk menjaga alam sekitar dan juga 
ekosistem untuk kegunaan terhadap generasi pada masa akan datang






 Selepas Ranau, kita bergerak pula ke Kundasang
Apa yang menarik di Kundasang? Macam-macam ada. Antaranya ialah suhunya yang sejuk.




 Gunung Kinabalu

 pasar Kundasang

Destinasi seterusnya ke Tuaran. Di sini kita boleh lawati Taman Buaya dan juga Rumah Terbalik, rumah terbalik..??? ha tgok ni klau x percaya....

Rumah Terbalik, Tuaran

Taman Buaya Tuaran

Dari Tuaran ke Kota Kinabalu adalah destinasi terakhir dalam lawatan ke Sabah ni.. Kota Kinabalu merupakan ibunegeri Sabah, bndar terbesar Sabah yang sangat indah,  berada di tepi laut. Di sini boleh la kita shopping2 dan makan besar di Pasar Philipine.



Pasar Philipine

Banyak lagi klau nk ikutkan tempat2 menarik di Sabah ni... tpi byak sgt klau nk info kt cni... mai dulu baru komen best ke x... SEKIAN...........

...Antara Senarai Barang Hantaran Perkahwinan Untuk Rujukan Anda...

Al-maklum la sekarang ni musim cuti persekolahan, yang budak2 sekolah semua pakat seronok sbab xpayah nk bangun awal,  yang ibubapa pulak ada yg mmbuat persiapan awal utk prsekolahan anak2 tahun hdapan, ada jgk yg sibuk mrancang bercuti bersama kluarga dan sebagainya. Tapi lain pula bgi pasangan yg akan merancang utk melangsungkn prkahwinan dalam cuti prsekolahan ini.



Ni aku sediakan senarai barang yg boleh dibuat hantaran sebagai rujukan :

Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:
  1. Cincin bertunang/hadiah tanda mas kahwin
  2. Tepak sirih
  3. Barang Kemas
  4. Jam Tangan / Handphone / Kamera / iPod / PDA /Notebook
  5. Sepersalinan pakaian / kain
  6. Kasut
  7. Handbag
  8. Perfume
  9. Sejadah & Telekung
  10. Al-Qur'an / Tafsir
  11. Kuih-muih / pulut kuning / pudding / kek / muffin / coklat atau manisan dan sebagainya
  12. Bunga Rampai / Potpourri
  13. Buah-buahan
Berikut disenaraikan antara barang-barang yang boleh dijadikan hantaran pertunangan / pernikahan bagi pihak perempuan:
  1. Sirih junjung / Sirih dara
  2. Baju Melayu & samping / baju kemeja & seluar
  3. Tali Pinggang dan Wallet
  4. Jam Tangan / Handphone /PDA / iPod / Notebook
  5. Kasut & Stokin
  6. Sejadah, Songkok & Kain Pelekat
  7. Al-Qur'an / Tafsir
  8. Tuala
  9. Perfume
  10. Kuih-muih / pulut kuning / pudding / kek / muffin/ coklat atau manisan dan sebagainya
  11. Bunga Rampai / Potpourri
  12. Buah-buahan

Tuesday, May 3, 2011

Akhir nyer Melepas Jugak Aku nie......hmmm

Selepas sekian lama berteka-teki, pengacara jelita Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 27, akhirnya membuat pengakuan bakal menamatkan zaman solo dengan jejaka pilihannya pada Julai ini.
Jejaka bertuah yang berjaya menawan hati Nurul ialah Raja Amir Raja Azwa, 29, berasal dari Sri Hartamas, di sini. Pegawai bank bertubuh tinggi itu berdarah kacukan Melayu dan Australia di sebelah ibu. Nurul yang kini menetap di Kuala Selangor berkata, dia berkawan rapat dengan Raja Amir sejak dua tahun lalu sebelum mereka memutuskan untuk mengakhirinya dengan ikatan perkahwinan tidak lama lagi.

MESRA...Nurul bersama bakal suaminya, Raja Amir.
MESRA...Nurul bersama bakal suaminya, Raja Amir.



“Kami juga tidak bertunang sebaliknya hanya mengadakan majlis merisik dan menghantar tanda secara ringkas di rumah keluarga saya pada Januari lalu.
“Maaflah, sebelum ini saya tidak memperkatakan mengenai hubungan kami kerana belum ada sebarang kepastian, namun sekarang ini kami sudah mula membuat persiapan majlis perkahwinan termasuk menempah kad undangan perkahwinan,” katanya.

Nurul ditemui pada majlis kenduri doa selamat buku Cantik dan Sanggul tulisan jurusolek terkenal, Zulfazli Suhadi di Intai-Intai Restaurant, Jalan Ampang, di sini malam kelmarin. Ditanya lokasi majlis bersejarah itu nanti, kata Nurul, majlis pernikahan mereka akan berlangsung di rumah keluarganya dan bukannya di hotel.

Bagaimanapun, kata Nurul, dia tetap akan mengundang pihak yang banyak menyokong karier seninya untuk sama-sama memeriahkan majlis itu.
Sebelum ini, Nurul hangat bercinta dengan bakal Angkasawan Kedua Negara, Mejar Dr Mohd Faiz Khaleed dan hampir mengikat tali pertunangan namun hubungan itu terputus di tengah jalan.

Friday, April 22, 2011

Poco-Poco Boleh Dilakukan Tapi Bersyarat...???

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang di sini, sejak Rabu hingga semalam memutuskan tidak menghalang orang ramai terbabit dengan tarian poco-poco, selagi tidak melanggar garis panduan ditetapkan.
Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa itu sudah mengeluarkan Garis Panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu pada 2007 yang boleh dijadikan rujukan berhubung perkara itu.



“Di antara garis panduan ditetapkan adalah menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita serta mengawal pergaulan, menjaga etika berpakaian, tidak berbentuk pemujaan dan tidak melakukan ritual atau ibadat orang bukan Islam.
“Jadi, jika berdasarkan garis panduan itu, kita tidak ada halangan... tambahan lagi kita dimaklumkan tarian poco-poco sudah dibuat dengan pelbagai cara dan ada juga pandangan menyatakan ia baik untuk kesihatan.

“Namun, kita menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan melihat kepada garis panduan itu, sekiranya tidak melanggar (garis panduan) dan mendatangkan kesihatan, kita tiada halangan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan muzakarah terbabit di sini, semalam.

Januari lalu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian poco-poco diharamkan di negeri itu kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh, malah berdasarkan kajian ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.
Bagaimanapun, Abdul Shukor berkata, pihaknya masih melakukan beberapa kajian terhadap tarian berkenaan sebelum keputusan lanjut berhubung perkara itu diambil. Beliau berkata, keputusan pengharaman tarian itu di Perak masih kekal memandangkan Majlis Agama Islam Negeri mempunyai kuasa mengeluarkan fatwa berhubung sesuatu perkara.



Sementara itu, katanya muzakarah selama tiga hari itu turut membincangkan mengenai penggunaan vaksin untuk jemaah haji dan umrah dan mereka bersetuju penggunaan vaksin Meningitis Mencevax yang sudah digunakan sejak sekian lama di negara ini adalah harus dan dibenarkan.

“Kita sudah meneliti semua pandangan yang diterima dan sudah mendapatkan maklumat terperinci daripada Kementerian Kesihatan dan pakar berkenaan. Berikutan itu kita bersetuju ia harus digunakan masyarakat Islam... tambahan pula ia sudah lama digunakan di negara ini,” katanya.

Monday, March 14, 2011

KaLaU DaH BeTuL-BeTuL MaRaH.....



Lokasi : Mesin ATM Maybank Eastern Plaza, Tawau Sabah....

Setiap Pusat Membeli Belah di Negara Kita Telah Disediakan Tong-tong Sampah...Jadi Kita Jangan Leka Diatas Kemudahan Yang Disediakan Dan Perlu Menitikberatkan Sikap Keperihatinan Masing-masing...AdaSesetengah Masyarakat Kita Mengambil Sikap Endah Tak Endah 
di Atas Kemudahan Yang Disediakan dan Telah Mengundang Ketidakpuashati Golongan Tertentu..
'Tong Sampah Telah Di Sediakan, Orang Yang Tidak Membuang Sampah Di Dalam Tong Sampah Adalah ...B****.....'

Friday, March 11, 2011

Jepun Dilanda Tsunami Selepas Gempa...

Satu gempa bumi kuat pada 8.9 skala richter menggegarkan Jepun dan amaran tsunami setinggi antara 4 – 6 meter dikeluarkan.
Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia gempa bumi kuat itu bermagnitud 7.4 skala Richter telah berlaku di berhampiran Perairan Timur Honshu, Jepun  pada pukul  2.15 petang.
Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 36.0 Utara longitud 141.2 Timur. 4078 km timur laut Kudat, Sabah.
Sementara itu menurut USGS gempa kuat itu dikesan dengan kekuatan 8.9 pada skala richter.
Laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi dijangka berlaku di pantai-pantai Labuan dan Sabah bermula jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

Wednesday, March 2, 2011

Seksaan Yang Dijanjikan Oleh Allah swt...

azab kubur 300x185 Bukti Kebenaran Siksa Kubur :: Peringatan daripada Allah swt
Gambar di atas merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur 18 tahun yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di Oman. Mayat ini digali semula daripada kuburnya selepas 3 jam dikebumikan di atas permintaan bapanya. Pemuda ini dikebumikan secara Islam dan pada hari yang sama beliau disahkan meninggal dunia oleh para doktor. Walaubagaimanapun, timbul keraguan pada bapanya tentang kesahihan punca kematian anaknya dan ingin membuat pengesahan semula.
Sanak saudara dan rakan-rakannya terkejut setelah melihat mayat pemuda ini. Pemuda ini kelihatan berubah sepenuhnya dalam tempoh hanya selepas tiga jam dikebumikan. Kulitnya bertukar menjadi kelabu seperti orang yang sangat tua, beserta beberapa kesan penderaan dan pukulan, dengan tulang-tulang tangan dan kaki yang telah patah, tulang-tulang rusuknya pecah dan menekan ke arah dalam badannya. Keseluruhan tubuh dan mukanya telah cedera. Matanya yang terbuka menggambarkan ketakutan dan kesakitan yang amat sangat. Kesan-kesan darah pada mayatnya menunjukkan seolah-olah beliau baru menjalani beberapa siksaan.
Setelah merujuk mayat pemuda itu kepada beberapa orang saintis Islam, mereka bersetuju bahawa kaitan yang terdekat tentang kejadian ini adalah tentang siksaan kubur yang dijanjikan oleh Allah swt yang telah diingatkan melalui hadis-hadis Rasulullah saw. Bapanya yang juga terkejut dengan kejadian itu mengakui bahawa anaknya berakhlak buruk, meninggalkan solat, menjalani kehidupan sosial yang bebas dan melakukan pelbagai jenis dosa. Setiap manusia yang mati pasti akan menjalani soal jawab di dalam kubur kecuali mereka yang Syahid pada jalan Allah swt seperti terkorban ketika menegakkan agama Islam. Ini merupakan ujian awal yang akan dilalui oleh setiap manusia sebelum Hari Kiamat.
Dalam Hadis Rasulullah saw : 
Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya “Siapa Tuhan kamu ?” dan dia akan menjawab “Allah tuhan aku”. Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Islam agama aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Rasulullah saw diutuskan kepada aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Bagaimana kamu tahu ?” dia akan menjawab “Aku membaca kalam Allah (Al-Quran) dan mempercayainya” Kemudian akan kedengaran suara dari Syurga mengatakan “ Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya” Kemudian dia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang.
Rasulullah saw bersabda tentang manusia yang berdosa. Selepas proses kematian selesai, rohnya akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya “Siapa Tuhan kamu ?” dan dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian akan kedengaran suara dari langit mengatakan “ Hambaku telah berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan bukakan pintu Neraka untuknya” Kemudian dia akan merasa bahang daripada api neraka dan kuburnya akan sempitkan sehingga bersilang tulang-tulang rusuknya.
Dalam Hadis juga dinyatakan, bahawa malaikat dengan kejamnya akan menghukum orang-orang yang berdosa semasa ujian di dalam kubur dan siksaannya sangat menakutkan. Juga dimaklumkan bahawa Rasulullah saw memohon kepada Allah swt agar dilindungi daripada siksaan kubur dan menyuruh umatnya juga berbuat demikian.
Peristiwa pemuda berumur 18 tahun ini adalah sebagai peringatan kepada sesiapa yang mempercayainya dan hanyalah sebagai satu lagi cerita dongeng kepada sesiapa yang pintu hatinya ditutup oleh Allah swt. Mereka ini melihat tetapi tidak nampak, memasang telinga tetapi tidak dengar.